BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 31 December 2012

2013 menanti..2012 menjauh pergi..


 
 
 Memasuki tahun baru 2013,

pasti ramai yang memasang azam baru mereka.

Ada juga yang semakin gerun melihat pertambahan umur mereka.

Itu tahun baru Masihi. Tapi diikutkan tahun baru Hijri, sudah lama umur kita meningkat,

 sudah lama kita harus memasang azam ,

 tajdid niat, bahkan tidak perlu ditunggu sehingga awal tahun.

Saya semakin gusar.

Apakah nilai ibadah-ibadah saya sebelum ini.

Berkualiti atau tidak? bertahun2 Allah memberi saya kehidupan yang sangat sempurna.

 Punya abah dan emak yang sangat menitik beratkan nilai agama dalam setiap laku.

 Punya kehidupan yang sederhana, biar tidak mewah, tetapi kami bahagia.

Sepanjang kehidupan, banyak perkara yang saya belajar.

 Ujian yang datang bertalu-talu bagai menyuruh saya membina perisai kekuatan.

 Itulah manusia! Tak kan ‘meriah’ kehidupan kita andai tiada rencah ujian dariNYA.

Moga Allah sentiasa pelihara dan memimpin hambanya yang lemah lagi hina ini..

Saturday 29 December 2012

sehelai tudung labuh.,...

Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku


 Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

 
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya


Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku

Monday 10 December 2012

Kursus Pra-Perkahwinan..8-9 DIsember ( Hari bersejarah)


Pada 8-9 Disember kelmarin dan semalam…aku telah pun Berjaya mendalami ilmu di kursus pra perkahwinan yang di anjurkan oleh UPSI…hati perempuan mana yang tak berbunga-bunga apabila namanya telah didaftarkan di kursus Kahwin..Walaupun calon zauj belum muncul2x lagi..tapi aku yakin Allah telah menyediakan zauj ku ..cumanya masa je belum tiba lagi…Allah nak aku mempersiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu dan memperbanyakkan amalan dengan melakukannya seikhlas hati kerana Allah agar Allah menghadirkan aku seorang yang juga melabuhkan cintanya Kepada Allah dan ikhlas juga keranaNYA….

Aku memasang niat Lillahi Taala sebelum memulakan langkah menuju ke dewan untuk mendengar ceramah-ceramah dari ustaz-ustaz yang berpengalaman dari pejabat agama, Imam Besar Masjid yang handsome dan telah pun berkahwin muda iaitu Ustaz Abdul Wahid dan penceramah motivasi stress yang sangat2x best pada pagi smlm iaitu En LuqmanulHakim yang sempoi dan agak menyeramkan bila membawa mic sampai ke belakang tempat peserta perempuan….hehe..barulah tak mengantok kan? Mujur aku duduk depan..takde la mengantok..hehe..memang aku sangat bersemangat dan Alhamdulillah tak mengantok langsung sepanjang menjalani kursus kahwen ni…

Lelaki adalah lebih kurang 50 orang yang menghadiri kursus kawen ni..antaranya yang aku kenal adalah pengerusi Perkim iaitu Ahzam yang umurnya sebaya dengan aku 25 tahun..dan dia adalah seorang yang sangat baik dan dihormati oleh semua orang..ramai juga lelaki yang Islamic menghadiri kursus kahwen ni…wahhh sejuk je mata melihat,,dan terus aku mengucapkan zikir Astaghfirullahalazim dan terus menjaga pandangan agar tidak jatuh dosa…huhu…

Alhamdulillah sangat seronok dan dapat banyak ilmu sepanjang menghadiri kursus kahwin ni..ada ustaz membawa microfonnya ke belakang dan bertanya kepada semua orang Hukum nikah bagi setiap peserta dan kami ini dikategorikan hokum nikah yang mana…dan aku menjawab Sunat..kerana Aku telah memasang niat untuk berkahwin dan In Shaa Allah Mampu dengan adanya sedikit simpanan untuk ke arah alam perkahwinan tersebut..dan rakan-rakan baik ku juga menjawab SUNAT kerana mereka ada nawaitu kea rah sebuah perkahwinan.Dan mengejutkan ramai, apabila ada seorang yang menjawab WAJIB..kerana dirinya telah bergelumang dengan pasangannya dengan perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan menjurus kea rah zina..Fuhh meremang dengar statement ni kan? Tapi gadis yang menjawab WAJIB itu dipuji penceramah kerana jujur dan berani mengaku..fuhh dasyat..huhu

Alhamdulillah…aku sangat2x bersyukur kerana dikurniakan kesihatan oleh Allah dan dapat terpilih olehNYA menghadiri kursus perkahwinan ini…smoga dengan adanya ilmu dan bukan semata-mata sijil perkahwinan yang telah aku perolehi tersebut..aku dapat memantapkan lagi ilmu-ilmu untuk berhadapan dalam alam rumahtangga bersama zauj yang tercinta…smoga selepas ini Allah mengirimkan dengan segera zauj untukku dan sama2x mendapat keredhaan DariNYA…Aamin Ya Rabb,.
 
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
 
 

Friday 23 November 2012

Mengenang detik 3 hb 4 2012 hingga 8 hb 5 dan sehingga hari guru di Sk Chikus menjadi Guru Ganti di Prasekolah An-Nur SK Chikus…


Alhamdulillah cuti 2 bulan ku diisi dengan dapat tawaran mengajar di prasekolah Sk Chikus, selama 1 bulan dan pada masa tu ku mengisi borang kekosongan di PPD hilir Perak secara tak sengaja sewaktu mengikut abah servis kereta di Teluk Intan…Ketika itu secara spontan mengisi borang kekosongan dan pada ketika itu ada 2 orang lelaki dan 2 gadis india yang juga bersama2x mengisi borang kekosongan guru ganti….

Alhamdulillah diri ini dipanggil dan mendapat panggilan telefon dari pejabat PPD setelah belum sempat sampai ke rumah ketika pulang dari Teluk Intan,…Alhamdulillah sujud syukur ku lakukan kerana telah terpilih untuk menggantikan guru prasekolah SK Chikus yang cuti bersalin sudah sebulan tiada ganti..Kalaulah ku mengisi borang kekosongan lebih awal ..mesti dapat mengajar di sekolah ini sebulan yang lalu…tapi kira syukur jugak diberi peluang mengajar kanak-kanak prasekolah seramai 17 orang ini sebulan lebih…sehingga pada hari guru..diri ini dipilih oleh Guru prasekolah itu untuk mengajar anak-anak ini persembahan untuk Hari Guru Alhamdulillah, banyak pengalaman yang dapat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan teknik pengajaran kepada kanak-kanak 5 dan6 tahun ni…Alhamdulillah..syukur-syukur Ya Allah….

Setiap hari ku bertolak dari rumah pada jam 6.30 pagi kerana perjalanan nak menuju ke Sk Chikus adalah selama 1 jam dan memang tepat2xsampai ke sekolah pada jam 7.30pg. Sampainya di prasekolah..mereka semua sedang bermain permainan yang ada dlm prasekolah da ada juga yang membaca buku..ha yang tu umur 6 tahun..kanak-kanak yang berumur 5 tahun hanyalah 2 orang iaitu fakhrul dan azim..mereka ni sangat comel dan pelat..hehe..biasa la kan budak2x lagi..kemudian aku akan naik ke pejabat untuk menandatanaani kehadiran aku ke sekolah..Setelah itu..aku melawat di sekitar sekolah..sekolah Sk Chikus ni banyak bunga..ada kebun sayur2xan..semuanya cantik ..dah la kedudukannya di belakang sawah dan di depan sekolah ada tali air..aku memang pantang dengan suasana kehijauan sawah aku amat mengaguminya sangat2x indah pemandangannya Subhanallah..
 
 
Pemandangan sawah belakang sekolah...
 
Semua guru-guru di Sk Chikus sangat2x baik dan peramah…begitu juga dengan staff2x lain seperti pakcik kerani, pakcik pembantu pejabat, mkcik2x pekerja swasta yang uruskan keceriaan di sk chikus..dan keadaan ditambahkan lagi meriahnya apabila kantin mempunyai pekerja2x yang ceria…semuanya kelakar…kalo aku g kantin..jenuh jugak kene sakat…hehe..makan kat kantin pon sedap..memang gemuk la aku..dah ler kat prasekolah dapat makan free…hehe..pembantu prasekolah Kak Rozie ni sangat pandai masak…dan dia rajin memberi aku nasihat dan sangat best bersembang dengan beliau..hehe..bahagianya aku rasa..

Tiada ungkapan lain yang mampu aku ucapkan selain Alhamdulillah kerana Allah hadirkan orang2x yang baik dalam hidup aku..syukran Ya Allah..

 

 
 
 
 
 
Yang pastinya cikgu Nurul pasti merindui kalian....In Shaa Allah ader rezeki cikgu dtg melawat korang taun dpn..time tu korang dah darjah satu dah..hehehe...
Luv u all....^____^
 

Tuesday 20 November 2012

Program bersama Dr Zakir Naik …7hb Oktober

Kami bergerak dari UPSI membawa nama PERKIM..dan dah pasang niat nak g majlis ilmu ni smoga dapat keberkatan dan keredhaan Dari Allah…

Apabila sampainya di dewan ..hati ini terpana dan terkedu melihat kesungguhan ramai orang islam dari negara luar berpusu-pusu menuju ke dewan untuk mendengar Talk dari Dr Zakir Naik..Dr Zakir Naik ni salah seorang tokoh dari India dan dah ramai mengislamkan orang Kafir dengan hujahan-hujan beliau tentang keagungan Allah dan apa yang ku kagum apabila beliau mengaitkan apa yang beliau hujahkan dengan Surah-Surah dalam Al-Quran..memang hebat beliau ni..kagum dibuatnyer…

Time nak solat…punyer la beratur panjang untuk amik wudhu’..memang ramai sgt org…ada yang solat di bwh tangga, solat di tepi tangga dan semuanya menunaikan solat walau di mana mereka ada..memang indah melihatnya….rasa macam kat Negara-negara arab pulak..mana taknya..orang arab ..orang Nigeria..ramai sgt….fuh..tenang je melihat mereka..

Memang banyak yang ku terima dan dapat masa pergi program bersama Dr Zakir naik…memang rasa teruja dan Alhamdulillah…dan dengar ikim esoknye..ramai yang non muslim g program ni telah memeluk agama islam kerana terpegun dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh Dr Zakir naik..beliau memang hebat….



                            Dr Zakir Naik..
kami sempat berkenalan dengan warga Nigeria..dia sangat sporting time ku ajak beliau bergambar bersama...
                             " ukhwah fillah "

Saturday 3 November 2012

Jangan Risau tentang Jodoh… ( Nasihat buat diri ini dan mak abah ku )


Jangan Risau tentang Jodoh…
( Nasihat buat diri ini dan mak abah ku )
 
 

 
" Insyaallah ader tu nanti ..." Mak abah tolong la doakan ku selalu.." kataku pada mak abah

Mak abah seringkali merungut dan mengeluh risau bila la jodoh aku akan sampai..al maklum lah umur dah menjengah 25 taun.. Sehingga saat aku  menulis ini jodoh aku belum ada, belum nampak “batang hidung” jodohku  lagi, walhal usia makin bertambah. Demi mengusir perasaan mengenai jodoh aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa “Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah”. Dialah yang berhak dan mutlak menentukan sesuatu dalam kehidupan seharian, malah rukun iman ke enam ialah Percaya pada Qada dan Qadar. Aku juga mengusir perasaan risau mengenai jodoh dengan tidak mengambil pusing dan menyibukkan diri dengan kerja dan hobi-hobi seperti membaca dan dgr ceramah2x ustaz Don, Ustaz Kazim dan ceramah2x lain.. Sesungguhnya aku tidak faham akan sesetengah orang sekeliling orang2x tua la mcm jiran dan mak sedare suma yang mencebik, mengata dan bertanya mengenai jodoh aku . Tahukah mereka dengan bertanya soalan sebegitu sama saja dengan soalan “Bila kamu mahu mati/meninggal dunia?” Bukan? Sebab itu semua takdir Allah. kita perlu pandai tadbir takdir Allah, jangan merungut, bersedih hati dengan ujian Allah kerana setiap manusia pasti akan diuji dengan ujian yang mampu digalasnya.

Mungkin ini ujian untuk aku.. biarlah aku memikirkan apa yang pasti bukan yang belum pasti. impak besar jika dilakukan secara istiqomah. Siapa yang tidak cemburu tatkala melihat teman-teman sebaya sudah mempunyai suami/isteri dan anak-anak sedangkan aku masih lagi  berkeseorangan.
Namun ku selalu mengingatkan diri sendiri biar aku tidak mendapat cinta pasangan lagi asalkan aku  menuju cinta Ilahi, insyaAllah jika kita mencintai Allah, rasul cinta manusia akan menyusul.
Semoga ini yang aku akan dapat. Biarlah kita menjadi solehah walaupun belum bertemu yang soleh kerana aku dan kalian semua akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap dosa sendiri….bukan dosa pasangan (untuk wanita sahaja-suami bertanggungjawab terhadap dosa isteri).

 Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. ( inilah kata-kata yang ku petik dari internet )

 
Aku dikatakan agak KOLOT ?

Biarlah aku dikatakan KOLOT sbb tak nak bercinta sblm kawen..aku memang dari skolah menegah lagi memang nak bercinta setelah kawen..itulah cita-citaku dari dlu lagi..MOhon sgt Allah hadirkan aku pemilik terbaek dan dapat membimbing aku ke Jannah MU setelah terlafaznya akad..akan ku cintai sepenuh hati sang suamiku....Aku Yakin dan  percaya masih ada lelaki di luar sana yang akan menjadi jodoh ku seorang yang baik dan terbaik untuk ku, InsyaAllah…Ku harus yakin dengan ketentuan DIA yang Maha Mengetahui...doakan aku  Wahai  pembaca. Dan aku biarkan mereka yang bertanya tentang jodoh aku terus bertanya, semoga Allah bagi kekuatan untuk mereka mendoakan saudara seIslam mereka ini Berjaya dunia Akhirat memperolehi jodoh yang baik Di sisiNYA..beriman dan berakhlak..biar tidak handsome..tapi wajahnya tenang dapat membuatkan diri ini berbahagia di dunia dan di akhirat,,,Amin Ya Rabbal Alamin...

 

Wednesday 31 October 2012

LA TAHZAN WAHAI DIRI...:"(


Astaghfirullahalazim…3x

Entah kenapa rasa sedih sangat 2 ari ni..mungkin jugak ni 2nd day aku ABC….tapi ntah kenapa mata ni seakan akan bergenang2x je air mata mahal ni..sampaikan tiba2x tadi aku menangis…Ya Allah..kenapa aku sedih sangat2x ni…La Tahzan wahai diriku…jangan bersedih…Hasbunallah Wani’mal wakil..

( cukuplah Allah bagiku..)

 

Aku terus melayani kesedihan ini ..ditemani lampu tido dan lantunan lagu keinsafan diri oleh Fursan..
 



 


Tuesday 30 October 2012

Semoga tercapailah dan termakbullah cita-citaku untuk bercinta selepas terlafaznya akad..subhanallah..

"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).


 
Inilah cita-citaku sejak di bangku skolah menengah lagi…aku memang sukakan perkahwinanku diatur oleh orang tuaku..kerana aku nak bercinta selepas nikah…saat terlafaznya akad..saat itulah aku akan mencintai sang suamiku sepenuh hati….aku mohon sangat Ya Allah…agar cita-cita yang ku impikan selama ini tercapai…aku yakin dengan pilihan orang tuaku kerana mereka lebih arif akan hal ini…ku harap juga Allah mempertemukan aku dengan lelaki yang beriman, berakhlak mulia serta dapat membimbing aku ke jannah MU ..Amin Ya rabbal Alamin..

Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah. Ini adalah jauh luar biasa and very awesome Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati. Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah

 

Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

 

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik.



 
 


BICARA TENTANG JODOH…….

 

"Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?" Pada mulanya saya tersenyum. Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh. Termasuklah diri ini…selalu dan selalu memikirkan soal jodoh..al-maklumlah umur dah menjengah 25 taun.
Usaha telah diletakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita? Atau apakah selama ini telah tersilap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?


"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar."
[HR. Muslim]

Maka di sini perlu  lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan  maka perlukah kita berusaha untuknya?

Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'. Baik, Bagaimana untuk berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, eharusnya sudah mula berusaha mencari? Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya ukur kain di badan sendiri dahulu. apabila sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama. Dan tempoh masa yang masih panjang akan terjatuhnya Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.

Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih  mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?
Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika  mahu berusaha pun, mengapa perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat. Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
 Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'. Ya. semua orang pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan . Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan? ya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya. Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.
Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.

Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Jika redha Allah yang dicari...

Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?
Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang
Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita. Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.

Wahai hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

 

 

Thursday 25 October 2012


IbAdaH KoRbAN MenZahiRkaN Kesyukuran Atau
Ibadah Korban MeNzAhiRkan KemeGaHaN..

 
ibadah korban adalah sebagai tanda kesyukuran kita pada ILAHI.....atas nikmat islam dan nikmat iman... setiap amalan itu bergantung pada niatnya.pilih untuk mencari redha manusia atau meraih redha Illahi? tepuk dada, tanya iman.

Korban itu bergantung kepada keikhlasan dan niat sesorng...jika dibuat dgn ikhlas, ianya akan menzahirkan kesyukuran dan jika dibuat hanya untuk menunjuk2..ianya akan menzahirkan kemegahan..

Dunia ini murah. Jika kemegahan yang mahu dizahirkan, natijah ibadah korban itu tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Kekasih kita, Muhammad sollallahu alaihi wasallam berpesan, "Kamu tidak akan pernah mencukupi manusia dengan hartamu. Maka cukupkanlah mereka dengan wajah yang ceria dan akhlak yang baik."

Was-was dan tinggi hati ini jahat. Sudah lama ia menyusahkan.
Sama-sama kita urut hati dan akal agar ibadah korban yang dilaksanakan demi Allah azzawajalla diterima tanpa hijab.

orang korban kita korban...korban ikut-ikutan..etika korban mana? adab mana?..guna pisau tajam yang mana letak saja dah bedarah, bulu pun boleh terpotong...jangan hina binatang sembelihan..pijak tak boleh bang..zikir banyak-banyak bang ketika upacara, jangan bersorak...ingatlah itu HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG ALLAH SWT...buat yang terbaik...paling tidak pun bacalah BISMILLAH ALLAH HU AKHBAR...

Dan akhir kata...Sapa kita utk persoalkan keikhlasan org yg menjalani ibadat qurban... Adakah mereka brrmegah atau tidak.. Pahala qurban Allah S.W.T yang berikan... Adakah cara mereka membuat ibadah qurban dikawasan perumahan biasa lbh byk pahala drp org2 dikwsn Perumahan elit..... Apa hak kita nak persoalkan keikhlasan mereka... Yg plg elok ingat mengingati shj supaya ikhlas dan betakwa kepada Allah... Semoga semua ibadah qurban yg dijalani umat Islam seluruh dunia diterima Allah...

Selamat Menyambut Hari Raya AidilADHA buat semua.....

Monday 22 October 2012

Kerana dengan Ini Allah mencintaimu....


Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara sepasang kekasih.

Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan iman kita sendiri.

Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu kekasihnya dirundung rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun, bagaimana pula caranya Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?

Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini Allah mencintai hambaNya.

Firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.[Al-Ankabut: 2-3]

Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.

Sunday 21 October 2012

Dehearty - Cinta Bersulam Noda

Dehearty - Cinta Bersulam Noda


Setelah memulakan blog dengan membaca umul kitab Al-Fatihah….jom la hayati bait-bait lirik cinta bersulam noda ini..

Liriknya sangat banyak berkait dengan diri ini…yang terlalu banyak dosa dgnMU wahai Rabbul Izzati…

Jika malam-malam ..dengan sekeliling yang sunyi tanpa ada satu suara sekalipun..

Hanya lagu cinta bersulam noda sahaja kedengaran..pasti diri akan menitiskan air mata tatkala menghayati bait-bait liriknya..

 

Inilah lagu yang paling berkesan pada diri ini untuk terus berubah kea rah yang lebih baik dan terus istiqamah di jalan MU..