Friday 1 March 2013
Monday 25 February 2013
sambungan tanggal 17 hb 2 2013
Alhamdulillah diri selesai menghidangkan makanan tengahari
kepada Akhi..dan diri ada menjemputnya makan..
~Jemput makan Akhi N---- ~
~dia membalas.ha ok..~~
Sebelum dia nak melangkah ke meja makan..dia mengeluarkan 1
beg plastik buah tangan iaitu buah jambu batu dan jambu air dan tidak lupa
dibelinya kuah Rojak untu dicicah bersama jambu2x
tadi..Astaghfirulahalazim..sangat terharu apabila dia membawa buah tangan…buah jambu
tu bukan sikit dia bawak..sangat banyak..dan diri ini merasakan yang beg yang
dibawanya tadi sangat berat..Subhanallah sangat pemurah orangnya….Alhamdulillah
buah tangan diterima dan sangat bersyukur..
Dan dia makan bersama abah..diri ini dan mak hanya menanti dan
menopup lauk yang berkurangan..mak menyuruhku membuat air panas “ teh o
panas…dan mak juga menyuruhku menghidangkan di hadapannya dan menuangkan teh
itu..
Alhamdulillah tangan tak menggigil2x dan rasa sungguh
tenang..dan dapat menuang teh dengan lancar….
Seterusnya, selesailah sesi makan tengahari beliau bersama
abahku..dia makan dengan berselera..dan menu yang ku masak adalah Rendang Ayam
dan Tumis sayur campur..dan mak masakkan sambal Tumis udang dan gulai lemak
pucuk paku..Alhamdulillah seronok melihat dia makan dengan berselera…dan
selesai makan tibalah masa solat Zohor..dan dia solat di bilik
along…Alhamdulillah..
Selesai saja solat….diri ini membawa pula hidangan jambu batu
dan jambu air yang dibawanya tadi…mak cakap dia makan dengan berselera juga
kerana mungkin buah jambu adalah buat kegemarannya…
Diri ini tidak muncul di hadapannya kerana setelah diri ini
solat Zohor..diri ini hanya duduk di dalam bilik..
Sesi mak dan abah bersembang dengannya dengan topic kea rah
masa depan..
“ Bila ye diri ini berpraktikal ? Tanya si dia pada mak abah
“ Mak menjawab..bulan 6 nanti dan pada bulan 4 -5 ..diri ini
bercuti selama 2 bulan…dan kata mak dia terdetik dalam hati..inilah peluangnya
untuk bertanyakan tentang adkah dia berkenan dengan anak perempuan tunggalnya
ini..dan pertanyaan-pertanyaan seterusnya..
“ N---- dah tengok anak makcik tadi kan.? Mcm mana berkenanke
dengan anak makcik ni.? Tapi tu la anak makcik ni tak cantik .tak putih dan
gelap pulak tu..( Tanya mak pada di dia )
“ Alhamdulillah mak cik..saya berkenan dan saya akan teruskan.
Dan sebenarnya mak cik dan pak cik..tujuan saya datang ni ialah tujuannya untuk
meminta izin dari mak cik dan pakcik untuk berkawan dengan anak makcik pakcik
dan akan meneruskan untuk seterusnya..”
( Jawabnya penuh Ikhlas )
“ Alhamdulillah la kalo gitu..makcik memang seronok dan
berlapang dada dengan kedatangan N----- ni….sangat bersyukur “ kata mak
“ Bulan 5 ni bawak la mak dan ayah untuk merisik dan bertunang
terus..memandangkan N----- tinggal
jauh..pihak kami takkan menyusahkan pihak lelaki untuk datang 2 tiga
kali..jadinya…buat je 2 terus untuk memudahkan urusan pihak lelaki…
“ ohh macam tu. ok mak cik saya setuju dan saya akan usahakan
untuk bgtau mak dan ayah saya dan In shaa Allah bulan 5 ni kami datang…”
“ Alhamdulillah..kata mak..
Sesi seterusnya..~~minum petang..
Kali ni mak menyuruhku untuk bersembang-sembang dengannya…dan
diri ini sebenarnya malu jugak..tapi ku cuba sedayanya..hehe..Mula2x mak dan
abah ada bersama kami untuk minum petang bersama…sembang dan
bersembang.tiba-tiba mak nak ke tandas…dan tiba-tiba abah juga meleyapkan diri
ke belakang..hehe..
“ Mak dan abah g mana.? Tanya dia..
“ ke tandas …hhehe sampai hati mereka tinggalkan kita
berdua..huhu ( jawabku..
“ Bila exam ..?
“ assignment dah siap.?
Siapa ya yang menjadi org tengah untuk Ta’ruf kita ni..?
Dan ku bertanya pula tentang dirinya.
“ anak buah comel la…lahir taun lps ke..?
“ kat UTEM dlu aktif bernasyid kan..?
Dan diri ini menyuruhnya makan kek Coklat kukus yang ku buat..
Dan ternyata dirinya sangat menyukai kek kukus coklat itu..
Alhamdulillah..
Ini antaranya soalan yang kai ajukan masing2x…Dan macam2x lagi
yang kami sembangkan..setiap perbualan disulami dengan rasa tenang dan sangat
sejuk hati bersembang dengannya kerana dia bercakap dengan senyuman..tutur
katanya sopan…dan penuh teratur…
Selama setengah jam juga kami bersembang2x..dan dia meminta
izin untuk pulang dan diri ini terus mengambil bekal untuk diberikan padanya.
Dia berterima kasih kerana telah memberinya.
Terima kasih Ya Allah kerana beriku kesempatan ini…untuk
mengenali dan dikenali dengan lebih dekat..
Cuma satu pintaku..
Mengharap Allah meredhai…
Posted by Unknown at 10:19 0 comments
Monday 18 February 2013
~Tanggal 17 Februaru 2013 ~~
Assalamualaikum..
Tidak ku menyangka berjalan dengan lancar pertemuan yang
dirancang oleh dirimu ini..dan diri ini bersetuju kerana dirinya Nampak bersungguh-sungguh.katanya
dia ingin mengenali mak dan abah sebelum ke peringkat yang seterusnya...dan Ku
mohon sepenuh pengharapan Pada Allah agar Allah meredhai kami..dan berikan
sepenuh kelancaran…Akhirnya tarikh 17 hb 2 2013 ini pun tiba..pada malam
sebelumnya dan sebelum-sebelumnya .
Ku berdoa Pada Allah agar hadirkan seribu ketenangan pada diri
ini agar mudah untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali ini ..Al-maklumlah
kita akan sedikit suspen berdepan dengan orang yang kita tidak pernah lihat
sebelum ini ..1st time la katakan..Comfirm akan sedikit nerves..dan dia
hanya dikenalkan oleh Najihah pada mulanya dan Annur Murabbi sebagai orang
tengah mengorak langkah setelah Najihah ada memberitahu mereka bahawa akhi ini
sedang mencari calon zaujah ..dan lebih kurang sebulan Ta’aruf di Fb dan dia
adalah seorang yang tidak Lagha..dan hanya akan
bertanyakan perkara-perkara yang penting2x saja dan akan memberitahu apa
yang ingin dicakapkannya dan Pm di Fb apabila rasa ingin nak beritahu sesuatu…Diri
ini sangat selesa dengan keperibadiannya ini..Barulah Allah redha dan menjaga
Syariat ..agar kami sama2x tidak lagha ..kerana kami masing2x nak menggapai
RedhaNYA..
Alhamdulillah..dia tiba di rumah setelah 2 jam setengah dari
bangi dan adikku mengambilnya di pintu keluar PLUS ..dan Alhamdulillah ketika
dia baru sampai ke rumah..mak berpesan kepadaku supaya jangan munculkan diri
ini..sehinggalah lebih kurang 10 minit dia duduk melabuhkan diri di sofa sambil
bersembang dengan mak abah..
Dan tibalah setelah 10 minit berlalu…tibalah masa nya untuk
diri ini muncul untuk menghidangkan air…diri ini merasa sangat tenang setelah
dia memberikan senyuman pertama pada diri ini…dan ketika itu diri ini sedang
membawa air dan gelas ke hadapannya untuk dihidangkan kepada tetamu istimewa
ini…dan lantas diri ini membalas semula senyuman dengan yang paling manis dan
memasang niat semua ini kerana Allah..agar Allah redha..dan Alhamdulillah…sangat2x
tenang ..dan sungguh sejuk hati ini apabila berhadapan dengannya ..tanpa rasa
kekok dan janggal…dan ada satu detik yang agak kelakar untuk dikongsikan di
sini apabila setelah dia memberikan senyuman dan diri ini membalas senyuman nya
dan setelah meletakkan gelas dan air..diri ini terpaku dan terpana di tepi mak
dan abah ..dan diri ini hanya melihat sambil berdiri mereka bersembang..
Diri ini seakan-akan terpana dan mak lantas memberi signal sirens..
“ ehem-ehem..boleh la tengok2x nasik..dan boleh la dihidangkan
kepada Akhi ini…
~~ aku terus tersedar dan kembali semula ke dapur~~
Alahai rasa macam kelakar la pulak time tu…ntah dia perasan ke
tidak perlakuan terpana aku tadi..hehehehe..
~~ akan bersambung esok~~ kerana nak sambung membaca buku yang
dipinjam dari Library~~
Posted by Unknown at 08:01 0 comments
Assalamualaikum papan pemuka blogger ..Rindu antum sekalian..
Assalamualaikum…sangat rindu dengan laman warkah blogger
ini….agak lama menyepi dek kerana line internet agak tenat di asrama…banyak
perkara yang berlaku sepanjang tidak bercoret-coretan di sini…diri ini lebih
fokus mendalami ilmu dan meningkatkan ibadah kepadaNYA …agar Allah hadirkan
seseorang yang dekat kepadaNYA juga…Diri ini juga pernah terjumpa suatu petikan
yang mengatakan bahawa Jika kita jaga HabluMinallah (Hubungan Dengan Allah )
Maka, Allah akan memudahkan Kita dengan HabluMinannas..( Hubungan sesame manusia
) Jadi diri ini berharap penuh pengharapan dengan petikan itulah bermulanya
visi baru dalam hidup ini…..Rupa-Rupanya Alhamdulillah…Allah telah
mengizinkannyer..dan akhirnya termakbul doa ini..doa dari ibu bapa dan sahabat
handai..adik2x yang menyayangi diri ini tidak henti-henti mendoakan jodoh diri
ini agar lancar….rupanya termakbul dan diri ini akan terus istiqamah berdoa dan
mengaharapkan moga terus kekal fid dunya Wal Akhirah..
Posted by Unknown at 07:32 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)