BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 18 February 2013

~Tanggal 17 Februaru 2013 ~~


Assalamualaikum..

Tidak ku menyangka berjalan dengan lancar pertemuan yang dirancang oleh dirimu ini..dan diri ini bersetuju kerana dirinya Nampak bersungguh-sungguh.katanya dia ingin mengenali mak dan abah sebelum ke peringkat yang seterusnya...dan Ku mohon sepenuh pengharapan Pada Allah agar Allah meredhai kami..dan berikan sepenuh kelancaran…Akhirnya tarikh 17 hb 2 2013 ini pun tiba..pada malam sebelumnya dan sebelum-sebelumnya .

Ku berdoa Pada Allah agar hadirkan seribu ketenangan pada diri ini agar mudah untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali ini ..Al-maklumlah kita akan sedikit suspen berdepan dengan orang yang kita tidak pernah lihat sebelum ini ..1st time la katakan..Comfirm akan sedikit nerves..dan dia hanya dikenalkan oleh Najihah pada mulanya dan Annur Murabbi sebagai orang tengah mengorak langkah setelah Najihah ada memberitahu mereka bahawa akhi ini sedang mencari calon zaujah ..dan lebih kurang sebulan Ta’aruf di Fb dan dia adalah seorang yang tidak Lagha..dan hanya akan  bertanyakan perkara-perkara yang penting2x saja dan akan memberitahu apa yang ingin dicakapkannya dan Pm di Fb apabila rasa ingin nak beritahu sesuatu…Diri ini sangat selesa dengan keperibadiannya ini..Barulah Allah redha dan menjaga Syariat ..agar kami sama2x tidak lagha ..kerana kami masing2x nak menggapai RedhaNYA..

Alhamdulillah..dia tiba di rumah setelah 2 jam setengah dari bangi dan adikku mengambilnya di pintu keluar PLUS ..dan Alhamdulillah ketika dia baru sampai ke rumah..mak berpesan kepadaku supaya jangan munculkan diri ini..sehinggalah lebih kurang 10 minit dia duduk melabuhkan diri di sofa sambil bersembang dengan mak abah..

Dan tibalah setelah 10 minit berlalu…tibalah masa nya untuk diri ini muncul untuk menghidangkan air…diri ini merasa sangat tenang setelah dia memberikan senyuman pertama pada diri ini…dan ketika itu diri ini sedang membawa air dan gelas ke hadapannya untuk dihidangkan kepada tetamu istimewa ini…dan lantas diri ini membalas semula senyuman dengan yang paling manis dan memasang niat semua ini kerana Allah..agar Allah redha..dan Alhamdulillah…sangat2x tenang ..dan sungguh sejuk hati ini apabila berhadapan dengannya ..tanpa rasa kekok dan janggal…dan ada satu detik yang agak kelakar untuk dikongsikan di sini apabila setelah dia memberikan senyuman dan diri ini membalas senyuman nya dan setelah meletakkan gelas dan air..diri ini terpaku dan terpana di tepi mak dan abah ..dan diri ini hanya melihat sambil berdiri mereka bersembang..

Diri ini seakan-akan terpana dan mak lantas memberi signal sirens..

“ ehem-ehem..boleh la tengok2x nasik..dan boleh la dihidangkan kepada Akhi ini…

~~ aku terus tersedar dan kembali semula ke dapur~~

Alahai rasa macam kelakar la pulak time tu…ntah dia perasan ke tidak perlakuan terpana aku tadi..hehehehe..

 

~~ akan bersambung esok~~ kerana nak sambung membaca buku yang dipinjam dari Library~~

0 comments: