Assalamualaikum..
Tidak ku menyangka berjalan dengan lancar pertemuan yang
dirancang oleh dirimu ini..dan diri ini bersetuju kerana dirinya Nampak bersungguh-sungguh.katanya
dia ingin mengenali mak dan abah sebelum ke peringkat yang seterusnya...dan Ku
mohon sepenuh pengharapan Pada Allah agar Allah meredhai kami..dan berikan
sepenuh kelancaran…Akhirnya tarikh 17 hb 2 2013 ini pun tiba..pada malam
sebelumnya dan sebelum-sebelumnya .
Ku berdoa Pada Allah agar hadirkan seribu ketenangan pada diri
ini agar mudah untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali ini ..Al-maklumlah
kita akan sedikit suspen berdepan dengan orang yang kita tidak pernah lihat
sebelum ini ..1st time la katakan..Comfirm akan sedikit nerves..dan dia
hanya dikenalkan oleh Najihah pada mulanya dan Annur Murabbi sebagai orang
tengah mengorak langkah setelah Najihah ada memberitahu mereka bahawa akhi ini
sedang mencari calon zaujah ..dan lebih kurang sebulan Ta’aruf di Fb dan dia
adalah seorang yang tidak Lagha..dan hanya akan
bertanyakan perkara-perkara yang penting2x saja dan akan memberitahu apa
yang ingin dicakapkannya dan Pm di Fb apabila rasa ingin nak beritahu sesuatu…Diri
ini sangat selesa dengan keperibadiannya ini..Barulah Allah redha dan menjaga
Syariat ..agar kami sama2x tidak lagha ..kerana kami masing2x nak menggapai
RedhaNYA..
Alhamdulillah..dia tiba di rumah setelah 2 jam setengah dari
bangi dan adikku mengambilnya di pintu keluar PLUS ..dan Alhamdulillah ketika
dia baru sampai ke rumah..mak berpesan kepadaku supaya jangan munculkan diri
ini..sehinggalah lebih kurang 10 minit dia duduk melabuhkan diri di sofa sambil
bersembang dengan mak abah..
Dan tibalah setelah 10 minit berlalu…tibalah masa nya untuk
diri ini muncul untuk menghidangkan air…diri ini merasa sangat tenang setelah
dia memberikan senyuman pertama pada diri ini…dan ketika itu diri ini sedang
membawa air dan gelas ke hadapannya untuk dihidangkan kepada tetamu istimewa
ini…dan lantas diri ini membalas semula senyuman dengan yang paling manis dan
memasang niat semua ini kerana Allah..agar Allah redha..dan Alhamdulillah…sangat2x
tenang ..dan sungguh sejuk hati ini apabila berhadapan dengannya ..tanpa rasa
kekok dan janggal…dan ada satu detik yang agak kelakar untuk dikongsikan di
sini apabila setelah dia memberikan senyuman dan diri ini membalas senyuman nya
dan setelah meletakkan gelas dan air..diri ini terpaku dan terpana di tepi mak
dan abah ..dan diri ini hanya melihat sambil berdiri mereka bersembang..
Diri ini seakan-akan terpana dan mak lantas memberi signal sirens..
“ ehem-ehem..boleh la tengok2x nasik..dan boleh la dihidangkan
kepada Akhi ini…
~~ aku terus tersedar dan kembali semula ke dapur~~
Alahai rasa macam kelakar la pulak time tu…ntah dia perasan ke
tidak perlakuan terpana aku tadi..hehehehe..
~~ akan bersambung esok~~ kerana nak sambung membaca buku yang
dipinjam dari Library~~
0 comments:
Post a Comment