BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 25 February 2013

sambungan tanggal 17 hb 2 2013



Alhamdulillah diri selesai menghidangkan makanan tengahari kepada Akhi..dan diri ada menjemputnya makan..

~Jemput makan Akhi N---- ~

~dia membalas.ha ok..~~
Sebelum dia nak melangkah ke meja makan..dia mengeluarkan 1 beg plastik buah tangan iaitu buah jambu batu dan jambu air dan tidak lupa dibelinya kuah Rojak untu dicicah bersama jambu2x tadi..Astaghfirulahalazim..sangat terharu apabila dia membawa buah tangan…buah jambu tu bukan sikit dia bawak..sangat banyak..dan diri ini merasakan yang beg yang dibawanya tadi sangat berat..Subhanallah sangat pemurah orangnya….Alhamdulillah buah tangan diterima dan sangat bersyukur..

Dan dia makan bersama abah..diri ini dan mak hanya menanti dan menopup lauk yang berkurangan..mak menyuruhku membuat air panas “ teh o panas…dan mak juga menyuruhku menghidangkan di hadapannya dan menuangkan teh itu..

Alhamdulillah tangan tak menggigil2x dan rasa sungguh tenang..dan dapat menuang teh dengan lancar….

Seterusnya, selesailah sesi makan tengahari beliau bersama abahku..dia makan dengan berselera..dan menu yang ku masak adalah Rendang Ayam dan Tumis sayur campur..dan mak masakkan sambal Tumis udang dan gulai lemak pucuk paku..Alhamdulillah seronok melihat dia makan dengan berselera…dan selesai makan tibalah masa solat Zohor..dan dia solat di bilik along…Alhamdulillah..

Selesai saja solat….diri ini membawa pula hidangan jambu batu dan jambu air yang dibawanya tadi…mak cakap dia makan dengan berselera juga kerana mungkin buah jambu adalah buat kegemarannya…

 

Diri ini tidak muncul di hadapannya kerana setelah diri ini solat Zohor..diri ini hanya duduk di dalam bilik..

Sesi mak dan abah bersembang dengannya dengan topic kea rah masa depan..

“ Bila ye diri ini berpraktikal ? Tanya si dia pada mak abah

“ Mak menjawab..bulan 6 nanti dan pada bulan 4 -5 ..diri ini bercuti selama 2 bulan…dan kata mak dia terdetik dalam hati..inilah peluangnya untuk bertanyakan tentang adkah dia berkenan dengan anak perempuan tunggalnya ini..dan pertanyaan-pertanyaan seterusnya..

“ N---- dah tengok anak makcik tadi kan.? Mcm mana berkenanke dengan anak makcik ni.? Tapi tu la anak makcik ni tak cantik .tak putih dan gelap pulak tu..( Tanya mak pada di dia )

“ Alhamdulillah mak cik..saya berkenan dan saya akan teruskan. Dan sebenarnya mak cik dan pak cik..tujuan saya datang ni ialah tujuannya untuk meminta izin dari mak cik dan pakcik untuk berkawan dengan anak makcik pakcik dan akan meneruskan untuk seterusnya..”

( Jawabnya penuh Ikhlas )

 

“ Alhamdulillah la kalo gitu..makcik memang seronok dan berlapang dada dengan kedatangan N----- ni….sangat bersyukur “ kata mak

“ Bulan 5 ni bawak la mak dan ayah untuk merisik dan bertunang terus..memandangkan N-----  tinggal jauh..pihak kami takkan menyusahkan pihak lelaki untuk datang 2 tiga kali..jadinya…buat je 2 terus untuk memudahkan urusan pihak lelaki…

“ ohh macam tu. ok mak cik saya setuju dan saya akan usahakan untuk bgtau mak dan ayah saya dan In shaa Allah bulan 5 ni kami datang…”

“ Alhamdulillah..kata mak..

 

Sesi seterusnya..~~minum petang..

 

Kali ni mak menyuruhku untuk bersembang-sembang dengannya…dan diri ini sebenarnya malu jugak..tapi ku cuba sedayanya..hehe..Mula2x mak dan abah ada bersama kami untuk minum petang bersama…sembang dan bersembang.tiba-tiba mak nak ke tandas…dan tiba-tiba abah juga meleyapkan diri ke belakang..hehe..

 

“ Mak dan abah g mana.? Tanya dia..

“ ke tandas …hhehe sampai hati mereka tinggalkan kita berdua..huhu ( jawabku..

“ Bila exam ..?

“ assignment dah siap.?

Siapa ya yang menjadi org tengah untuk Ta’ruf kita ni..?

 

Dan ku bertanya pula tentang dirinya.

 

“ anak buah comel la…lahir taun lps ke..?

“ kat UTEM dlu aktif bernasyid kan..?

Dan diri ini menyuruhnya makan kek Coklat kukus yang ku buat..

Dan ternyata dirinya sangat menyukai kek kukus coklat itu..

Alhamdulillah..

 

Ini antaranya soalan yang kai ajukan masing2x…Dan macam2x lagi yang kami sembangkan..setiap perbualan disulami dengan rasa tenang dan sangat sejuk hati bersembang dengannya kerana dia bercakap dengan senyuman..tutur katanya sopan…dan penuh teratur…

Selama setengah jam juga kami bersembang2x..dan dia meminta izin untuk pulang dan diri ini terus mengambil bekal untuk diberikan padanya.

Dia berterima kasih kerana telah memberinya.

Terima kasih Ya Allah kerana beriku kesempatan ini…untuk mengenali dan dikenali dengan lebih dekat..

Cuma satu pintaku..

Mengharap Allah meredhai…

0 comments: