BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 31 December 2012

2013 menanti..2012 menjauh pergi..


 
 
 Memasuki tahun baru 2013,

pasti ramai yang memasang azam baru mereka.

Ada juga yang semakin gerun melihat pertambahan umur mereka.

Itu tahun baru Masihi. Tapi diikutkan tahun baru Hijri, sudah lama umur kita meningkat,

 sudah lama kita harus memasang azam ,

 tajdid niat, bahkan tidak perlu ditunggu sehingga awal tahun.

Saya semakin gusar.

Apakah nilai ibadah-ibadah saya sebelum ini.

Berkualiti atau tidak? bertahun2 Allah memberi saya kehidupan yang sangat sempurna.

 Punya abah dan emak yang sangat menitik beratkan nilai agama dalam setiap laku.

 Punya kehidupan yang sederhana, biar tidak mewah, tetapi kami bahagia.

Sepanjang kehidupan, banyak perkara yang saya belajar.

 Ujian yang datang bertalu-talu bagai menyuruh saya membina perisai kekuatan.

 Itulah manusia! Tak kan ‘meriah’ kehidupan kita andai tiada rencah ujian dariNYA.

Moga Allah sentiasa pelihara dan memimpin hambanya yang lemah lagi hina ini..

Saturday 29 December 2012

sehelai tudung labuh.,...

Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku


 Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

 
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya


Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku

Monday 10 December 2012

Kursus Pra-Perkahwinan..8-9 DIsember ( Hari bersejarah)


Pada 8-9 Disember kelmarin dan semalam…aku telah pun Berjaya mendalami ilmu di kursus pra perkahwinan yang di anjurkan oleh UPSI…hati perempuan mana yang tak berbunga-bunga apabila namanya telah didaftarkan di kursus Kahwin..Walaupun calon zauj belum muncul2x lagi..tapi aku yakin Allah telah menyediakan zauj ku ..cumanya masa je belum tiba lagi…Allah nak aku mempersiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu dan memperbanyakkan amalan dengan melakukannya seikhlas hati kerana Allah agar Allah menghadirkan aku seorang yang juga melabuhkan cintanya Kepada Allah dan ikhlas juga keranaNYA….

Aku memasang niat Lillahi Taala sebelum memulakan langkah menuju ke dewan untuk mendengar ceramah-ceramah dari ustaz-ustaz yang berpengalaman dari pejabat agama, Imam Besar Masjid yang handsome dan telah pun berkahwin muda iaitu Ustaz Abdul Wahid dan penceramah motivasi stress yang sangat2x best pada pagi smlm iaitu En LuqmanulHakim yang sempoi dan agak menyeramkan bila membawa mic sampai ke belakang tempat peserta perempuan….hehe..barulah tak mengantok kan? Mujur aku duduk depan..takde la mengantok..hehe..memang aku sangat bersemangat dan Alhamdulillah tak mengantok langsung sepanjang menjalani kursus kahwen ni…

Lelaki adalah lebih kurang 50 orang yang menghadiri kursus kawen ni..antaranya yang aku kenal adalah pengerusi Perkim iaitu Ahzam yang umurnya sebaya dengan aku 25 tahun..dan dia adalah seorang yang sangat baik dan dihormati oleh semua orang..ramai juga lelaki yang Islamic menghadiri kursus kahwen ni…wahhh sejuk je mata melihat,,dan terus aku mengucapkan zikir Astaghfirullahalazim dan terus menjaga pandangan agar tidak jatuh dosa…huhu…

Alhamdulillah sangat seronok dan dapat banyak ilmu sepanjang menghadiri kursus kahwin ni..ada ustaz membawa microfonnya ke belakang dan bertanya kepada semua orang Hukum nikah bagi setiap peserta dan kami ini dikategorikan hokum nikah yang mana…dan aku menjawab Sunat..kerana Aku telah memasang niat untuk berkahwin dan In Shaa Allah Mampu dengan adanya sedikit simpanan untuk ke arah alam perkahwinan tersebut..dan rakan-rakan baik ku juga menjawab SUNAT kerana mereka ada nawaitu kea rah sebuah perkahwinan.Dan mengejutkan ramai, apabila ada seorang yang menjawab WAJIB..kerana dirinya telah bergelumang dengan pasangannya dengan perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan menjurus kea rah zina..Fuhh meremang dengar statement ni kan? Tapi gadis yang menjawab WAJIB itu dipuji penceramah kerana jujur dan berani mengaku..fuhh dasyat..huhu

Alhamdulillah…aku sangat2x bersyukur kerana dikurniakan kesihatan oleh Allah dan dapat terpilih olehNYA menghadiri kursus perkahwinan ini…smoga dengan adanya ilmu dan bukan semata-mata sijil perkahwinan yang telah aku perolehi tersebut..aku dapat memantapkan lagi ilmu-ilmu untuk berhadapan dalam alam rumahtangga bersama zauj yang tercinta…smoga selepas ini Allah mengirimkan dengan segera zauj untukku dan sama2x mendapat keredhaan DariNYA…Aamin Ya Rabb,.
 
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.