Alhamdulillah cuti 2 bulan ku
diisi dengan dapat tawaran mengajar di prasekolah Sk Chikus, selama 1 bulan dan
pada masa tu ku mengisi borang kekosongan di PPD hilir Perak secara tak sengaja
sewaktu mengikut abah servis kereta di Teluk Intan…Ketika itu secara spontan
mengisi borang kekosongan dan pada ketika itu ada 2 orang lelaki dan 2 gadis
india yang juga bersama2x mengisi borang kekosongan guru ganti….
Alhamdulillah diri ini dipanggil dan
mendapat panggilan telefon dari pejabat PPD setelah belum sempat sampai ke
rumah ketika pulang dari Teluk Intan,…Alhamdulillah sujud syukur ku lakukan
kerana telah terpilih untuk menggantikan guru prasekolah SK Chikus yang cuti
bersalin sudah sebulan tiada ganti..Kalaulah ku mengisi borang kekosongan lebih
awal ..mesti dapat mengajar di sekolah ini sebulan yang lalu…tapi kira syukur
jugak diberi peluang mengajar kanak-kanak prasekolah seramai 17 orang ini
sebulan lebih…sehingga pada hari guru..diri ini dipilih oleh Guru prasekolah
itu untuk mengajar anak-anak ini persembahan untuk Hari Guru Alhamdulillah,
banyak pengalaman yang dapat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
teknik pengajaran kepada kanak-kanak 5 dan6 tahun ni…Alhamdulillah..syukur-syukur
Ya Allah….
Setiap hari ku bertolak dari
rumah pada jam 6.30 pagi kerana perjalanan nak menuju ke Sk Chikus adalah
selama 1 jam dan memang tepat2xsampai ke sekolah pada jam 7.30pg. Sampainya di prasekolah..mereka
semua sedang bermain permainan yang ada dlm prasekolah da ada juga yang membaca
buku..ha yang tu umur 6 tahun..kanak-kanak yang berumur 5 tahun hanyalah 2
orang iaitu fakhrul dan azim..mereka ni sangat comel dan pelat..hehe..biasa la
kan budak2x lagi..kemudian aku akan naik ke pejabat untuk menandatanaani
kehadiran aku ke sekolah..Setelah itu..aku melawat di sekitar sekolah..sekolah
Sk Chikus ni banyak bunga..ada kebun sayur2xan..semuanya cantik ..dah la
kedudukannya di belakang sawah dan di depan sekolah ada tali air..aku memang
pantang dengan suasana kehijauan sawah aku amat mengaguminya sangat2x indah pemandangannya Subhanallah..
Tiada ungkapan lain yang mampu
aku ucapkan selain Alhamdulillah kerana Allah hadirkan orang2x yang baik dalam
hidup aku..syukran Ya Allah..
Yang pastinya cikgu Nurul pasti merindui kalian....In Shaa Allah ader rezeki cikgu dtg melawat korang taun dpn..time tu korang dah darjah satu dah..hehehe...
Luv u all....^____^