Kadangkala kita terlupa apakah hakikat cinta yang
sebenar. Jika dijadikan subjek cinta sebagai perbualan pasti ramai yang lebih
gemar untuk berkongsi berkenaan cinta antara manusia, yakni cinta antara
sepasang kekasih.
Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang berkongsi
suka dan duka tentang cinta antara dia dan penciptaNya? Dan pasti, ramai yang
tidak gemar berkongsi cerita tentang cinta agung yang tiada tandingan ini
kerana mereka tidak merasai kemanisan mencintai penciptaNya kerana kelemahan
iman kita sendiri.
Jika kebiasaan cinta manusia, apabila seseorang
mencintai kekasihnya ia pasti akan memberikan yang terbaik bagi pasangannya
selagi ia terdaya dan cuba sedaya upaya untuk mengembirakannya dan tidak mahu
kekasihnya dirundung rasa kesedihan. Itulah kebiasaannya cinta manusia. Namun,
bagaimana pula caranya Allah menunjukkan rasa cinta kepada hambaNya?
Mereka yang dekat dengan Allah, menerima ujian yang
sangat hebat kerana dengan cara inilah Alllah mencintai kekasihNya. Lihat
sahaja bagaimana Allah Azzawajjala menguji kekasihnya Rasullah S.A.W dengan
pelbagai ujian. Allah tidak memberikan jalan mudah untuk kepada Rasullah S.A.W
untuk berjaya dalam usaha dakwah baginda di Mekah dan Madinah meskipun baginda
adalah kekasihNya. Begitu juga dengan ujian sakit yang berpanjangan yang
diterima oleh Nabi Allah Yaakub dan ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Allah
Ibrahim dan Nabi Ismail apabila turunnya perintah supaya Nabi Ibrahim
menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Mengapa apabila semakin dekat kita dengan Allah Yaa
Rabbul Izzati, semakin tinggi ujian yang Allah timpakan? Kerana dengan cara ini
Allah mencintai hambaNya.
Firman Allah :
Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
akan orang-orang yang berdusta.[Al-Ankabut: 2-3]
Hebatnya dan luar biasanya cinta Allah apabila Dia
menggunakan ujian dan dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat
tingkat ketaqwaan dan kekuatan iman hambaNya. Percayalah, apabila diturunkan
ujian kepada kita walau seberat mana sekalipun Allah ada bersama kita. Allah
tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan Allah dan Allah sangat mencintai
dan menyukai apabila hambaNya sujud, menangis, merintih dan meminta pertolongan
dariNya. Unik dan luar biasa bukan cara Allah menunjukkan rasa cinta kepada
hambaNya? Kerana dengan cara ini Allah mencintaimu.
0 comments:
Post a Comment