"Betulkah
kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu
ke?" Pada
mulanya saya tersenyum. Yelah,
lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun,
setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh
diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan
melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Termasuklah diri ini…selalu dan selalu memikirkan soal jodoh..al-maklumlah umur
dah menjengah 25 taun.Usaha telah diletakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita? Atau apakah selama ini telah tersilap dalam berusaha?
Jodoh – suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.
Sebagaimana
dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian
darinya),
Malaikat
jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian
beritahukanlah padaku tentang Iman."Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat
- dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik
ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."
[HR. Muslim]
Maka
di sini perlu lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada
terletak pada ketentuan Allah. Tiada
sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik
pada persoalan maka perlukah kita berusaha untuknya?
Usaha yang sebenarnya
Sudah
menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam
mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, perlu kepada sesuatu yang
kita panggil 'usaha'. Baik,
Bagaimana untuk berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, eharusnya sudah mula berusaha mencari? Dalam
persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya ukur kain di badan sendiri
dahulu. apabila sudah mula mencari, dalam keadaan
diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak
masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah
berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua
insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan
suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling
memiliki dan punya masa depan bersama. Dan
tempoh masa yang masih panjang akan terjatuhnya Zina hati jangan di cerita.
Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan
apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh
berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn
merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Dan
wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan
sekalipun, namun, apakah yang masih mahu berharap padaNya, jika usaha yang
diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan
dengan kehendak Allah?
Jodoh itu dalam
ketentuanNya, maka, jika mahu berusaha pun,
mengapa perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah
akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?
Sebaik-baiknya,
kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada
yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan
juga memanjangkan hasrat. Dan
jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah
jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia
adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' &
Mempersiapkan diriUsaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'. Ya. semua orang pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan . Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan? ya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.
Sebagaimana
firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk
laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang
keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,
dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu
bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki
yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.
Sebagai wanita
pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah
(didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi
pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah.
Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan.
Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Jika redha Allah yang dicari...
Allah
sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin
memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk
yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi
diri saya sendiri?
Justeru,
suka saya katakan, jika petunjuk
Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga
kita nanti, maka berusahalah...
dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.
Ya.
Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang
Justeru,
ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup
masyarakat kita. Yakinlah,
jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak.
Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.
Wahai
hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,
'Jika
petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya
Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan
urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
- [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]
0 comments:
Post a Comment